Monday 28 November 2011

PSK- BUMI KITA, TANGGUNGJAWAB KITA...

Semoga kita sama-sama menjalankan tanggungjawab tersebut untuk kehidupan yang lebih selesa dan ceria





Sunday 27 November 2011

PSK-ALAM SEKITAR TERJAGA,KEHIDUPAN BAHAGIA

Secara berkumpulan, anda dikehendaki menyediakan satu tugasan dengan mencari bahan dari alamat website yang diberikan.

 
Kumpulan merah  : Senaraikan jenis-jenis pencemaran. (http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis pencemaran)

-  Kumpulan kuning : Nyatakan kesan pencemaran.
http://www.scribd.com/doc/6064805/kesan-pencemaran-alam-sekitar

-  Kumpulan Oren    : Nyatakan cara menjaga alam sekitar..(http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/langkah-untuk-menjaga-alam)


-  Kumpulan
hijau    : Nyatakan kepentingan menjaga alam sekitar..(http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar).

PSK-: ALAM SEKITAR TERJAGA,


Hayati video ini dengan mesej yang ingin disampaikan




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Matapelajaran
:
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Kelas
:
6 Bestari


Bil. Murid
:
35 orang


Masa
:
9.00 pagi – 10.00 pagi


Tarikh
:
7/5/ 2011


Tema
:
Hidup Bersama di Sekolah Dan Masyarakat


Topik
:
 
Keb    Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran

  Subtopik
B  Alam Sekitar Terjaga, Kehidupan Bahagia


Hasil Pembelajaran
:
Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat;


1. Menyenaraikan kesan-kesan jika masyarakat tidak memelihara kebersihan dan keceriaan persekitaran


2. Menjaga alam sekitar dengan bertanggungjawab


3. Menghargai alam sekitar


Isi Kandungan
:
1.Menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar
2.Menyenaraikan kesan-kesan jika masyarakat tidak memelihara kebersihan dan keceriaan persekitaran


Penerapan Nilai
:
1. Bekerjasama


2. Bertanggungjawab
3. Menghargai


Penyerapan Ilmu
:
1. Kemahiran mendengar
2. Kemahiran membaca
3. Kemahiran bertutur


Unsur Patriotisme :
1. Menyedari perlunya memelihara kebersihan dan keceriaan persekitaran


2.Bersama bertanggungjawab dalam menjaga alam persekitaran


 Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid-murid  pernah melihat melalui televisyen atau membaca surat khabar tentang bahaya demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk aedes.


Bahan Bantu Belajar :       


Bil
Sumber
Kuantiti


01.
02.
03.



Lap top & LCD
Kertas Sebak
Pen marker    




Satu
4 helai
4 batang









Kemahiran Generik :



1.Inkuiri penemuan
2.Kemahiran belajar
3.Kecerdasan pelbagai: verbal linguistik
4.Kajian masa depan


Pembelajaran Koperatif
:
Round table









Prosedur Pelaksanaan P&P

Elemen pengurusan pembelajaran bestari / kemahiran generik
Catatan

Set Induksi ( 5 minit )
Guru menceritakan tentang aktiviti gotong-royong. Seterusnya bertanyakan kepada pelajar tentang pengalaman mereka yang pernah menyertai aktiviti gotong-royong.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

KBKK:
Menghubung kait.
Kecerdasan pelbagai:
Verbal linguistik Interpersonal
KBF:
Menjana idea kemahiran
belajar

Nilai murni:
Kerjasama.


Langkah 1 ( 15 minit )
 - Guru menayangkan video tentang penjagaan alam sekitar kepada murid-murid dan meminta murid menghayati tayangan video itu.
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan video;
- Sikap yang terdapat dalam video tersebut? (jawapan: tidak mahu bekerjasama, tidak menjaga kebersihan)
3. Guru merumuskan  jawapan murid berdasarkan tayangan video kepada murid.


KP :
- Visual ruang linguistik
-  Interpersonal
- Verbal linguistik
KB:
- Memerhati,berfikir, menghubungkait, memperolehi maklumat, menyampaikan maklumat


Nilai:
Menghargai


BBB:
LCD & laptop, bahan catatan



Langkah 2 ( 15 minit )
-  Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dengan memberi tajuk tugasan masing-masing . Murid dibekalkan alamat website untuk mereka mendapatkan bahan.
*  Kumpulan merah  : Jenis-jenis     pencemaran. (http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis pencemaran)
* Kumpulan hijau    : Kepentingan menjaga alam sekitar.(http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar)
*Kumpulan Oren    : Cara menjaga alam sekitar.(http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/langkah-untuk-menjaga-alam)
 -  Guru menyediakan 4 keping kertas sebak dan 4 pen marker  kepada setiap kumpulan.
-  Setiap kumpulan diminta menyenaraikan hasil yang telah dibuat bersama  di atas kertas sebak dalam bentuk peta minda.

KBF:
-Meneroka idea, merancang dan mengurus aktiviti pemikiran.
-Pembelajaran koperatif dan kolaboratif


Nilai:
-kerjasama
BBB:
-Komputer & internet
-Kertas sebak
-Pen marker

Langkah 3 ( 20 minit )
-  Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan  tugasan yang telah dihasilkan di hadapan kelas.
-  Guru akan membantu murid menjelaskan lagi pembentangan yang diberikan.

-  Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
KP:
-verbal linguistik

Nilai:
-Kerjasama

Penutup ( 5 minit )
- Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran dengan memberi dorongan kepada murid supaya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap aspek kebersihan dalam kehidupan.
Tugasan lanjutan:
- Guru meminta murid menyediakan  karangan  bertajuk : Kepentingan menjaga alam sekitar.

KBKK:
-Membuat kesimpulan.