Sunday 27 November 2011

Kritikan Jurnal : 

Traditional Education vs. E-learning in the
vision of Romanian business students


PENDIDIKAN TRADISIONAL  BERBANDING E-PEMBELAJARAN SATU KAJIAN KE ATAS PELAJAR PERNIAGAAN DI ROMANIA.

Jurnal ditulis oleh:
M. Tutunea
R.V. Rus
V. Toader





INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION AND INFORMATION TECHNOLOGIES
Issue 1, Volume 3, 2009















PENDAHULUAN
Internet merupakan alat komunikasi yang terpantas berbanding dengan alat-alat perhubungan yang lain seperti telefon. Penggunaan internet mesti melalui komputer. Internet telah digunakan seluruh penduduk di dunia.  Melalui internet pengguna boleh menghubungi seseorang dengan lebih pantas, pemindahan maklumat dengan segera dan boleh mengakses pelbagai  maklumat, ilmu pengetahuan  dari seluruh dunia. Selain itu, pengguna internet oleh membeli dan mendapatkan pelbagai produk digital seperti  perisian, , e-buku, sidang video daripada laman web.
Jumlah pengguna internet di negara Romania melebihi 6 juta pengguna. Di Romania, berlaku peringkatan  penghijrahan pengguna melayari laman web  pendidikan berbanding sebelumnya. Hal ini disebabkan pengguna laman web ini terdiri daripada pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas akan menjalani kelas secara maya. Jadi, konsep e-learning telah diperkenalkan dan diperluaskan untuk memudahkan rakyat Romania.
Selepas tahun 1995 perubahan ketara telah berlaku di negara Romania di mana jumlah pengguna internet di negara Romania melebihi 6 juta pengguna. Di Romania, berlaku peningkatan pengguna melayari dalam laman web  pendidikan berbanding sebelumnya. Hal ini disebabkan pengguna laman web ini terdiri daripada pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas akan menjalani kelas secara maya. Jadi, konsep e-learning telah diperkenalkan dan diperluaskan untuk memudahkan rakyat Romania.
Jadi, perkhidmatan moden dan canggih perlu diwujudkan secara efisen bukan saja melalui e-learning malah melalui perkhidmatan kerajaan iaitu e-kerajaan dan perkhidmatan kesihatan iaitu     e-kesihatan. Syarikat swasta juga memainkan peranan penting dalam mengaktifkan penggunaan e-learning ini, terutamanya memastikan setiap pekerja akan mengakses maklumat melalui kursus yang disediakan.Melalui kursus  dan latihan yang disediakan akan dapat meningkatkan pengunaan internet secara meluas terutamanya dalam e-learning.
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN DALAM JURNAL INI
Tujuan utama pengkaji adalah untuk melihat perbezaan pembelajaran secara tradisional berbanding pembelajaran secara e-learning.
1.               Meningkatkan perkhidmatanpenggunaan internet dalam kalangan penduduk
2.               Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan melalui promosi penyelidikan, inovasi Dan mempercepatkan perkembangan masyarakat bermaklumat
Jadi, perkhidmatan moden dan canggih perlu diwujudkan secara efisen bukan saja melalui e-learning malah melalui perkhidmatan kerajaan iaitu e-kerajaan dan perkhidmatan kesihatan iaitu     e-kesihatan. Syarikat swasta juga memainkan peranan penting dalam mengaktifkan penggunaan e-learning ini, terutamanya memastikan setiap pekerja akan mengakses maklumat melalui kursus yang disediakan.Melalui kursus  dan latihan yang disediakan akan dapat meningkatkan pengunaan internet secara meluas terutamanya dalam e-learning.

REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini kaedah statistik. Data yang dikumpulkan melalui soal selidik dan diproses menggunakan  statistik instrumen.

SAMPEL DALAM KAJIAN
Sampel dipilih secara rawak di kalangan pelajar Romania. Sampel dipilih melalui forum dan pembelajaran secara jarak jauh. Seramai 320 orang sampel telah dipilih tetapi hanya 285 orang sampel yang telah melengkapkan soal selidik.

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
Penduduk Romania yang berumur 18-27  tahun bersedia untuk belajar secara e-learning. Manakala mereka yang berumur lebih dari 47 tahun kurang berminat menggunakan kaedah pembelajaran secara e-learning sebaliknya mereka lebih menyukai kaedah pembelajaran secara tradisional. Jumlah  responden  yang sangat muda bersedia untuk pengajian online,berbanding dengan kategori usia yang melebihi 47 tahun dan ke atas.   Berdasarkan faktor  gender pula ,didapati  bahawa jumlah responden perempuan lebih besar daripada jumlah responden laki-laki; Dari perspektif jarak antara tempat tinggal dan lokasi daripada fakulti keputusan mendedahkan fakta bahawa 67% daripada mereka yang telah memilih pendidikan jarak jauh  tinggal pada jarak kurang daripada 60 km daripada lokasi fakulti.


No comments:

Post a Comment