Friday 16 December 2011

ANALISIS ISU SEMASA DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2, SMK TAMAN DESA, BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG.

1.0  PENGENALAN
Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi,pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskanpengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yangbertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global telah penambahan minat dan usahauntuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TKM) dalampendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor sepertikos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebihmudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.

Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan ‘stakeholder’ kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan melihat semula peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

         Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat.
          Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
          Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC, 2000).
          Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
-        i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
-        ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
-        iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

2.0  PERNYATAAN MASALAH

Walaupun telah disedari akan kewujudan internet dan faedahnya kepada pelajar namun beberapa faktor perlu dikaji untuk menggalakkan malahan meningkatkan lagi penggunaan internet di kalangan pelajar untuk tujuan pencarian ilmu berkaitan. Menurut Fatimah (2001), memandangkan pada masa ini diperkatakan secara umum di mana masih terdapat masalah pelajar yang tidak berkemahiran menggunakan komputer malahan terdapat mereka yang masih fobia kepada komputer dan ini menghalang hasrat pemimpin negara untuk melahirkan golongan rakyat yang bermaklumat serta dapat mengembangkan lagi maklumat kepada orang lain.

          Pada zaman ini persaingan memperolehi maklumat merupakan suatu perkara utama yang perlu ditekankan kepada setiap golongan pelajar. Golongan ini dianggap ketinggalan sekiranya tidak dapat memperolehi maklumat terkini dalam sesuatu perkara. Pada era globalisasi ini maklumat datang dan pergi dengan begitu pantas. Golongan pelajar terutamanya yang terlibat dengan bidang kemahiran hidup memerlukan maklumat terkini tentang perkembangan matapelajaran tersebut yang sering bertukar ganti. Namun begitu faktor-faktor kurangnya kemahiran serta keyakinan dalam mengendalikan internet menghalang mereka daripada memanfaatkan peluang mengakses maklumat-maklumat daripadanya.

          Pelajar sama ada yang berada di bangku sekolah atau pun di peringkat universiti kebanyakkannya merupakan golongan penerima pengajaran yang baik. Mereka menjalani proses pembelajaran di bilik darjah ataupun bilik kuliah serta menjadikan bahan pengajaran yang diperolehi itu sebagai satu-satunya bahan rujukan tanpa memikirkan alternatif lain untuk mendapatkannya. Terdapat juga pelajar yang lebih rajin di mana mereka menjadikan perpustakaan sebagai tempat rujukan kedua selepas guru. Pergantungan input secara total daripada guru sahaja bukanlah sesuatu yang sihat untuk diamalkan oleh generasi pelajar era IT ini. Mereka ini dikatakan perlu melangkah lebih jauh dengan melengkapkan diri dengan kemahiran memperolehi maklumat daripada internet sebagai sumber input pembelajaran yang seterusnya.
Menyedari akan hakikat kepentingan IT (komputer) yang mampu meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar, maka kebanyakan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dilengkapi dengan teknologi ini. Namun begitu persoalan yang ditimbulkan adalah dikaitkan dengan adakah kemudahan yang disediakan mencukupi, setakat manakah kemahiran dan penggunaannya dan untuk tujuan apakah ianya digunakan. Semua persoalan ini masih belum diketahui dengan jelas jawapannya.

3.0  OBJEKTIF KAJIAN

3.1     Menilai sejauh mana kadar penggunaan ICT dan pencarian maklumat di kalangan para pelajar menengah rendah SMK Taman Desa, Bandar Country Homes,Rawang.
3.2   Melihat pola perbezaan serta faktor-faktor yang mempengaruhi para
pelajar dalam usaha mereka mendapatkan maklumat pembelajaran melalui internet.

4.0 REKABENTUK KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini merupakan suatu tinjauan yang dapat mengambarkan kadar kekerapan pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat pembelajaran bagi pelajar menengah rendah. Bahan kajian dalam bentuk kertas soal selidik diedarkan bertujuan supaya pelajar dapat menyatakan kekerapan mereka menggunakan ICT bertujuan untuk pencarian maklumat dalam aspek pembelajaran. Kertas soal selidik ini meliputi 2 bahagian iaitu bahagian A yang menyatakan tentang latar belakang pelajar yang diambilkira seperti bangsa,umur, jantina , status pelajar , dan pengalaman menggunakan internet.
Bahagian B pula mengandungi 22 soalan yang menyentuh tentang kekerapan penggunaan internet untuk tujuan mencari maklumat tentang pembelajaran serta faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk berbuat demikian. Setiap soalan mengandungi skor masing-masing di mana skor tersebut adalah merujuk kepada skala Likert.





5.0  Populasi dan sampel
Kajian yang telah dilakukan adalah melibatkan 75 pelajar tingkatan 2 di SMK
Taman Desa  Bandar Country Homes,Rawang. . Sampel yang dipilih secara rawak terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Dengan kajian ini dapat dijalankan untuk melihat peratus kekerapan bagi setiap sampel.
Lokasi kajian adalah terhad kepada pelajar tingkatan 2 , SMK Taman
Desa, Bandar Country Homes,Rawang.

6.0 Instrumen kajian
Kajian yang telah dilakukan berdasarkan soal-selidik di mana ianya terbahagi kepada 2 bahagian :
          Bahagian A- butir maklumat diri – 3 soalan mengisi tempat kosong.
          Bahagian B- soalan kaji selidik  – 23 soalan dengan membulatkan pilihan. Setiap           soalan yang berdasarkan skala Likert mempunyai skor masing-masing.

1.     Tidak kerap
2.     Sederhana kerap
3.     Amat kerap

7.0 Prosedur Kerja
Kajian telah dilakukan secara berperingkat dan ianya berjalan lancar selama 30 minit di mana 45 orang pelajar  tingkatan 2 Arif yang dipilih.Sampel dikumpulkan serta diberi penerangan sebelum menjawab soalan yang diberikan.Soalan yang lengkap diisikan telah dipungut lalu disemak untuk memastikan tiada kesilapan yang dilakukan. Walau bagaimanapun kesemua soalan kaji selidik yang telah diedarkan berjaya dijawab dengan lengkap.

8.0 Analisis data
Kertas soalan kaji selidik yang dibina kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Analisis data yang dijalankan mengambilkira peratus  sampel berdasarkan komponen-komponen yang telah diagihkan berdasarkan aspek-aspek yang mempengaruhi kadar pencarian maklumat ketiga-tiga kumpulan sampel.
Bahagian A     :   Peratus pelajar dikira berdasarkan maklumat peribadi 
                                       responden
Bahagian B :  Peratus kumpulan pelajar yang terlibat dengan pencarian   
maklumat berdasarkan  aspek-aspek yang diambil kira dan dilabelkan sebagai 7 
komponen utama.

Kadar pencarian maklumat diambilkira berdasarkan peratus antara tiga kumpulan pelajar. Ianya diambilkira sebagai pengukuran keputusan keseluruhan disamping peratus kadar yang mempengaruhinya.

9.0 Dapatan Kajian
9.1 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kaum
Jadual 1 : Profil Responden Mengikut Kaum
Jantina                  Kekerapan (f)                               Peratus (%)
                    Melayu                               22                                         48.90
                    Cina                                   17                                         37.60
                   India                                    6                                          13.50
­­­­­­­­­­­­­                  Jumlah                               45                                         100

Jadual 1 di atas menunjukkan bilangan kekerapan dan peratusan responden mengikut kaum. Dapatan menunjukkan bilangan responden didapati sebahagian besar adalah responden melayu iaitu seramai 22 orang atau 48.90%, Cina 17 orang atau 37.60%  Manakala, selebihnya terdiri daripada India 6 orang atau 13.50..


9.2 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Jadual 2 : Profil Responden Mengikut Jantina
Jantina                  Kekerapan (f)                               Peratus (%)
                    Lelaki                                20                                         44.40
                  Perempuan                         25                                         55.60
­­­­­­­­­­­­­                  Jumlah                               45                                        100

Jadual 2 di atas menunjukkan bilangan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. Dapatan menunjukkan bilangan responden didapati sebahagian besar adalah murid-murid perempuan iaitu seramai 25 orang atau 55.60%. Manakala, selebihnya terdiri daripada murid-murid lelaki iaitu 20 orang atau 44.40%.

9.3 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Menggunakan Internet
Jadual 3 : Profil Responden Mengikut Pengalaman Menggunakan Internet
Lokasi                 Kekerapan (f)                               Peratus (%)
                    Di rumah                          20                                    44.40
                    Di sekolah                         25                                       55.60
                   Di Kafe Siber                      0                                      0
­­­­­­­­­­­­­                  Jumlah                                 45                                        100

Jadual 3 di atas menunjukkan bilangan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. Dapatan menunjukkan bilangan responden didapati sebahagian besar adalah kali pertama menggunakan internet di rumah iaitu seramai 25 orang atau 55.60%, manakala, selebihnya kali pertama menggunakan internet di sekolah iaitu 20 orang atau 44.40%. Tiada yang menggunakan internet di kafe siber.

9.4 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Internet Untuk Pembelajaran Secara Umum
Jadual 4 : Penggunaan Internet Untuk Pembelajaran Secara Umum

Item
1.0
Penggunaan internet untuk pembelajaran secara umum

Tidak Kerap
Sederhana kerap
Amat Kerap
1.1
Kekerapan penggunaan internet di rumah.
         



20 (44.40%)
1.2
Kekerapan penggunaan internet di sekolah

20 (44.40%)

1.3
Kekerapan penggunaan internet di kafe siber.

5 (11.20%)




Jadual 4 menunjukkan bahawa ramai pelajar menggunakan internet di rumah dan sekolah untuk pembelajaran secara umum iaitu 20 pelajar atau 44.40%, manakala 5 orang pelajar atau 11.20% menggunakan kemudahan kafe siber untuk pembelajaran secara umum.



9.5  Bilangan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat berunsur pendidikan
Jadual 5 : Penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat berunsur pendidikan

Item
2
Penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat berunsur pendidikan

Tidak Kerap
Sederhana kerap
Amat Kerap
2.1

Kekerapan anda memasuki laman web berunsur pendidikan di rumah.
         


30 (66.70%)
2.2

Kekerapan anda memasuki laman web berunsur pendidikan di sekolah.  

15 (33.30%)

2.3
Kekerapan anda memasuki laman web berunsur pendidikan di kafe siber.

0




Jadual 5 menunjukkan penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat berunsur pendidikan. Dapatan menunjukkan bahawa 30 pelajar (66.70%) menggunakan kemudahan internet di rumah, manakala 15 pelajar (33.30%) melayari internet di sekolah untuk mengakses maklumat berunsur pendidikan.


9.6 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan internet untuk nota-nota tambahan matapelajaran tertentu
Jadual 6 : Penggunaan internet untuk nota-nota tambahan matapelajaran tertentu

<><><><><><><><><><><><><><><>
Item
3.0
Penggunaan internet untuk nota-nota tambahan matapelajaran tertentu

Tidak Kerap
Sederhana kerap
Amat Kerap

Kekerapan anda memasuki laman web pendidikan di rumah.


30 (66.70%)
3.2

Kekerapan anda memasuki laman web pendidikan di sekolah

10 (22.10%)

3.3
Kekerapan anda memasuki laman web pendidikan di kafe siber.
5 (11.20%)



Daripada jadual 6, data menunjukkan bahawa 66.70% murid atau 30 murid menggunakan internet untuk mencari nota-nota tambahan bagi mata pelajaran tertentu melalui kemudahan internet yang terdapat di rumah. Murid yang menggunakan kemudahan internet di sekolah sebanyak 22.10% atau 10 murid dan selebihnya menggunakan kemudahan kafe siber untuk tujuan mencari nota-nota pembelajaran.


9.7 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Galakan penggunaan internet untuk memasuki laman web pendidikan
Jadual  7: Galakan penggunaan internet untuk memasuki laman web pendidikan

Item
4.0

Tidak Kerap
Sederhana kerap
Amat Kerap
4.1

Galakan memasuki laman web pendidikan secara kendiri.


15(33.30%)

4.2


Galakan memasuki laman web pendidikan oleh ibubapa


10 (22.20%)

4.3

Galakan memasuki laman pendidikan oleh guru
20 (44.40%)




Bagi galakan untuk penggunaan internet untuk memasuki laman web pendidikan. 15 murid (33.30%) atas kesedaran diri sendiri, manakala 10 murid (22.20%) didorong oleh ibu bapa, manakala 20 murid atau 44.40% mendapat galakan daripada guru-guru untuk melayari laman web berbentuk pendidikan.

9.8 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Kemahiran mencari maklumat melalui enjin carian di internet
Jadual 8 : Kemahiran mencari maklumat melalui enjin carian di internet

Item
5.0
Kemahiran mencari maklumat melalui enjin carian di internet

Tidak Kerap
Sederhana kerap
Amat Kerap
5.1

Penguasaan dalam menggunakan enjin carian ‘Yahoo’



20 (44.40%)
5.2

Penguasaan dalam menggunakan enjin carian ‘Google’

25 (55.60%)

5.3
 Penguasaan dalam menggunakan enjin carian ‘Wikipedia’              

0




Enjin carian ‘Google” menjadi tarikan utama untuk murid mencari maklumat berkaitan pendidikan iaitu sebanyak 55.60% atau 25 orang. Enjin carian ‘Yahoo’ menunjukkan bahawa terdapat 20 murid atau 44.40% untuk melayarinya untuk tujuan pendidiakan Manakala tidak terdapat murid yang menggunakan Wikipedia sebagai ejan pencarian.


9.9 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Motivasi ke arah pencarian maklumat melalui internet

Jadual 9 : Motivasi ke arah pencarian maklumat melalui internet

Item
6.0
Motivasi ke arah pencarian maklumat melalui internet

Tidak Kerap
Sederhana kerap
Amat Kerap
6.1

Saya memasuki laman web yang menyediakan maklumat untuk matapelajaran yang berkaitan sahaja


18
(40.00%)

6.2

                   
Saya memasuki laman web yang memuatkan segala maklumat sama ada yang belum, sedang dan akan dipelajari.

15 (33.30)

6.3
Saya mencari maklumat tanpa mengira keperluan.

12 (26.70%)




Data jadual 9 pula menunjukkan bahawa 40% atau 18 murid  memasuki laman web yang mengandungi maklumat untuk mata pelajaran berkaitan sahaja. Seramai 33.30% atau 15 murid pula memasuki laman web yang memuatkan maklumat dlam proses pembelajaran sama ada yang belum, sedang atau akan dipelajari. Manakala 26.70% atau 12 murid pula mencari maklumat tanpa mengira keperluan.

9.10 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Aspek metakognitif dalam menjalankan kegiatan mencari maklumat

Jadual 10 : Aspek metakognitif dalam menjalankan kegiatan mencari maklumat

Item
7.0
Aspek metakognitif dalam menjalankan kegiatan mencari maklumat

Tidak Kerap
Sederhana kerap
Amat Kerap
7.1


Saya telah menguasai sebahagian besar isi kandungan dalam beberapa mata pelajaran setelah melakukan aktiviti pencarian maklumat melalui internet.


23 (51.10%)
7.2



Saya telah berupaya memanfaatkan apa yang saya perolehi melalui aktiviti pencarian maklumat di internet dalam pembelajaran.


14 (31.10%)

7.3

         
Pencarian maklumat di internet adalah cara terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tertentu.

8 (17.80%)




Data dari jadual 10 yang mengkaji aspek metakognatif dalam menjalankan kegiatan mencari maklumat menunjukkan bahawa seramai 23 murid atau 51.10% merasakan telah menguasai sebahagian besar isi kandungan dalam beberapa matapelajaran untuk pendidikan. 14 murid atau 31.10 peratus berkeupayaan memanfaatkan apa yang telah diperolehi melalui aktiviti pencari untuk pembelajaran. Hanya 8 murid atau 17.80 menyatakan internet  adalah cara terbaik untuk meningkatkan pencapai pelajar dalam mata pelajaran tertentu.

10.0 Perbincangan

10.1 Peranan lCT dalam Pendidikan

Menurut Baharom (2003), ICT merupakan pembantu proses interaksi antara individu, dan pada hari ini telah merevolusikan persekitaran pembelajaran di seluruh dunia. Jelfs (2002) juga menyatakan bahawa ICT memberikan f1eksibiliti kepada pelajar dari segi masa belajar dan mengurangkan masa perjalanan. Maka pengaplikasian penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah tidak dapat dielakkan lagi malah perlu sentiasa diberi keutamaan dan diperkemaskinikan agar sejajar dengan arus pembangunan semasa.

ICT berperanan sebagai alat bantuan dalam pendidikan. Pendidikan hari ini bukan sahaja menggunakan buku, tetapi lebih maju dan berkembang dengan alat-alat bantuan lain. Komputer merupakan alat bantuan yang teramat penting. Selain itu, informasi dan maklumat berguna juga boleh didapati di jaringan internet. Kini, kemudahan internet ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Penggunaan internet ini semakin mudah, fleksibel dan cepat.

Komputer telah menjadi keperluan bagi setiap keluarga. Harganya semakin murah sehingga boleh didapati dengan harga RM 1000 ke bawah. Kerajaan juga membenarkan pekerja untuk mengeluarkan simpanan wang Kumpulan Simanan Wang Pekerja (KWSP) mereka untuk membeli komputer selaras dengan saranan kerajaan iaitu "Satu rumah satu komputer.  Kini, kebanyakan rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer. Kementerian Pendidikan juga ’memperkenalkan’ Pendidikan IT untuk pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendedahkan mereka kepada kepentingan ICT.

ICT juga merupakan kemudahan infrastruktur yang lebih fleksibel. Ini kerana ia, dapat digunakan pada bila-bila masa, oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Pelajar- pelajar khususnya pelajar sekolah menengah lebih mudah menggunakan ICT di sekolah mahupun di rumah atau kafer siber.

10.2 Kemahiran mencari maklumat di kalangan guru dan pelajar
Webster dan Hackley (1997) menggariskan beberapa perkara yang menjadikan kaedah aplikasi internet melalui pembelajaran yang melibatkan penglibatan dan penampilan pelajar secara langsung. Di samping ianya menekankan tentang pertautan kognitif serta berinteraksi dengan teknologi. Walaupun teknologi tidak dapat menggantikan faktor manusia dalam teknologi pendidikan namun ianya merupakan pembuktian di mana pelajar dan guru perlu meningkatkan kemahiran untuk mengatasi teknologi. Dengan itu manusia tidak akan dapat dikawal oleh teknologi.

10.3 Faedah Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Menurut Wall (1996), laman web menyediakan suasana pembelajaran elektronik bagi para pelajar dari berbagai peringkat pengajian. Melaluinya kita dapat menemui berbagai maklumat. Laman web ini kebanyakannya mampu menggantikan buku teks, papan hitam serta lain-lain medium pembelajaran dalam pelbagai virtual. Iinternet kini menjadi tumpuan informasi. Ianya menjadi bahan eksklusif lagi dominan bagi pertukaran informasi yang merangkumi projek pelbagai institusi pengajian tinggi. Ianya kini seolah-olahnya menjadi taman permainan bagi pengguna internet serta seperti sebuah atlas yang dapat memandu kita menemui informasi-informasi yang dikehendaki. Sejak kemunculannya internet telah pun bermanfaat kepada pengguna dari seluruh dunia.

10.3 Aplikasi penggunaan ICT di sekolah menengah

Kaji selidik yang dijalankan menunjukkan laman web pendidikan mengandungi isi kandungan pelajaran, persediaan untuk pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengukur tahap penggunaan ICT di Malaysia. Umpamanya,  Tan (1987) mendapati bahawa sikap seorang pelajar terhadap komputer dapat memberi kesan kepada tahap literasi dan tahap kemahiran komputer. Dapatan kajian ini dapat diperkukuhkan oleh kajian Teo (1989) yang telah membuat kajian tentang literasi komputer di kalangan pelajar Tingkatan 4 di daerah Klang iaitu pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap komputer berasa seronok, yakin dan tidak berasa risau apabila berhadapan dengan komputer.
Peningkatan taraf hidup dan ekonomi negara mendorong kepada pertambahan permintaan terhadap komputer. (Sulaiman, 1991). Oleh itu, kita dapat lihat permintaan terhadap komputer semakin meningkat di kalangan ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Malah, pada tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk memperluaskan bidang komputer dalam pendidikan dengan mewujudkan satu sistem penggunaan komputer di sekolah-sekolah di Malaysia. Melalui sistem ini, aktiviti terancang yang berorentasikan kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan perlu ditekankan.

10.4    Kemudahan enjin pencari dalam internet

Kent (1995) menekankan tentang fungsi enjin pencari dalam mencari sumber informasi melalui internet. Beliau mengetengahkan enjin yang dipanggil yahoo (http://www.yahoo.com) di mana menurut beliau dengan menekankan pada Yahoo Link maka kita boleh menjelajahi pelbagai dokumen yang diperlukan dengan meletakkan kata kunci pada enjin pencari tersebut.

10.5    Keselamatan Dalam Internet

Dalam langkah pencari maklumat menerusi internet yang kita lakukan tentunya akan turut terperangkap dengan maklumat-maklumat yang tidak diperlukan. Jesteru itu cabaran utama memastikan keselamatan pengguna melalui internet adalah mengenalpasti informasi yang diterima daripada sumber yang sah di sisi undang-undang. Melalui kawalan juga kita dapat menangkis segala maklumat yang tidak dikehendaki daripada muncul di layar komputer kita.

11.0 Rumusan

Daripada hasil dapatan melalui kajian ini maka dapatlah kita katakan bahawa guru dan pelajar perlu memahirkan diri dalam mengaplikasikan internet untuk memantap dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah di samping memahami langkah-langkah keselamatan untuk memastikan pencarian maklumat yang dilakukan adalah baik dan berkesan.



























LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERIBADI RESPONDEN
PERHATIAN : Sila tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
  1. Bangsa : (    ) Melayu        (    ) Cina                (    ) India
  2. Jantina  : (    ) Lelaki                    (    ) Perempuan

  1. Latar belakang penggunaan internet :
Pertama kali melayari internet.....
          a)   (   ) Di  rumah
          b)   (     ) Di sekolah
          c)    (    ) di Kafe siber

BAHAGIAN B : MAKLUMAT TENTANG PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN PELAJAR

PERHATIAN :  Sila bulatkan pada nombor yang disediakan bagi setiap kenyataan berikut.
1.       Tidak kerap             2.       Sederhana kerap               3.       Amat kerap

1.0   Penggunaan internet untuk pembelajaran secara umum

1.1   Kekerapan penggunaan internet di rumah.
1.                 2.       3.      
          1.2   Kekerapan penggunaan internet di sekolah.
                    1.                 2.                 3.      
          1.3  Kekerapan penggunaan internet di kafe siber.
                    1.                 2.                 3.      

2.0   Penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat berunsur pendidikan

2.1   Kekerapan anda memasuki laman web berunsur pendidikan di rumah.
1.                 2.                 3.      
          2.2  Kekerapan anda memasuki laman web berunsur pendidikan di sekolah.
                    1.                 2.                 3.      
          2.3  Kekerapan anda memasuki laman web berunsur pendidikan di kafe siber.
                    1.                 2.                 3.      

3.0   Penggunaan internet untuk nota-nota tambahan matapelajaran tertentu
3.1   Kekerapan anda memasuki laman web pendidikan di rumah.
1.                 2.                 3.      
          3.2  Kekerapan anda memasuki laman web pendidikan di sekolah
.                   1.                 2.                 3.      
          3.3  Kekerapan anda memasuki laman web pendidikan di kafe siber.
                    1.                 2.                 3.
         
4.0   Galakan penggunaan internet untuk memasuki laman web pendidikan
4.1   Galakan memasuki laman web pendidikan secara kendiri.
1.                 2.                 3.      

4.2   Galakan memasuki laman web pendidikan oleh keluarga
1.                 2.                 3.      

4.3   Galakan memasuki laman pendidikan oleh guru
1.                 2.                 3.      
         
5.0   Kemahiran mencari maklumat melalui enjin carian di internet
5.1   Penguasaan dalam menggunakan enjin carian ‘Yahoo’
1.                 2.                 3.      
          5.2  Penguasaan dalam menggunakan enjin carian ‘Google’
                    1.                 2.                 3.      
            5.3  Penguasaan dalam menggunakan enjin carian ‘Wikipedia’
                    1.                 2.                 3.      



6.0   Motivasi ke arah pencarian maklumat melalui internet
 1.                2.                 3.      
         
6.2   Saya memasuki laman web yang memuatkan segala maklumat sama ada yang belum, sedang dan akan dipelajari.
  1.               2.                 3.      
         
6.3   Saya mencari maklumat tanpa mengira keperluan.
  1.               2.                 3.      

7.0   Aspek metakognitif dalam menjalankan kegiatan mencari maklumat

  1.               2.                 3.      

          7.2  Saya telah berupaya memanfaatkan apa yang saya perolehi melalui aktiviti
       pencarian maklumat di internet dalam kehidupan seharian.
           1.                2.                 3.      

7.3 Pencarian maklumat di internet adalah cara terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tertentu.
                         1.            2.                 3.      
BIBLIOGRAFI
Kent P (1995). Using Microsoft Internet. Indianapolis USA:ITC Century and MCP
Digital Corp.
Prof. Fatmah Mohd Arsyad, Kemahiran Komputer di Kalangan Pelajar Desa. Utusan
Malaysia.05/01/2001 hal.8.

Sulaiman Sarkawi (1991). Senario penggunaan komputer dalam pendidikan. Media
ComIL
Tan Keng Hee (1987). Keberkesanan aktiviti-aktiviti kesedaran dan kenal faham
komputer dikalangan sekumpulan pelajar sekolah mnenengah.Tesis Sarjana:Universiti Sains Malaysia.
Walpole, R E (1982). Introduction to statistic, New York : Mr Millan.
Webster dan P.Hackley (1997). “Teaching Effectiveness in Technology. Mediated
Distance Learning ACM SIGCSE Bulletin 30 (3) :Pg 243-248.